Senarai Artikel

Ahad, 30 April 2017

Salam Takziah


Saya ingin menyatakan dengan rasa sedih dan simpati kepada mereka yang terlibat didalam bencana alam tadi yang menimpa kawasan program Muktamar Pas di Kota Sarang Semut, Kedah.

Pagi tadi saya turut hadir didalam "Majlis Perasmian Mutakmar" tersebut.

Semoga mangsa yang cedera mendapat rawatan dan sembuh dengan segera . God bless all of you.

Via My Facebook https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211629932215687&id=1587733405


KENYATAAN MEDIA PAS KEDAH

Pihak Panitia Muktamar Tahunan PAS ke 63 melahirkan rasa simpati ke atas mangsa-mangsa bencana ribut yang berlaku di Kompleks PAS Kedah sejurus selepas azan Maghrib dan mendoakan kesejahteraan mereka.

Kejadian berkenaan melibatkan beberapa buah khemah Kelab Usahawan Haraki PAS yang menempatkan agensi kerajaan dan persendirian.

Seramai 11 daripada 17 orang mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah,  Alor Setar.

Pihak Panitia Muktamar serta PAS Kedah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Amal Malaysia, Pasukan Bomba dan Penyelamat,  pegawai kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Medic Papisma dan St. John Ambulance yang telah membantu mangsa di tempat kejadian.

Sementara itu, semua aturcara program Muktamar Tahunan PAS ke 63 yang tidak melibatkan tapak ekspo adalah berjalan seperti biasa.
Marilah kita mendoakan semoga dua hari tempoh muktamar yang berbaki berlangsung dengan aman dan sejahtera.

Dr. Ahmad Fakruddin bin Sheikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah
30 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan