Apa yang saya lakukan semalam merupakan antara beberapa aduan yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tindak tanduk Lim Guan Eng yang begitu tamak menjual segala jenis hartanah yang ada di Pulau Pinang.
Ramai yang telah sedar bahawa apa yang telah dilakukan oleh Guan Eng ini cukup menyalahi undang-undang. Bayangkan, bagaimana seorang Ketua Menteri telah menyalah gunakan kuasanya untuk membolehkan beberapa bidang tanah di jual di bawah harga pasaran sebenar. Apa tujuan dia melakukan perkara sedemikian?

Terus terang saya katakan bahawa Lim Guan Eng sudah hilang maruah dan intergriti untuk menerajui sebuah negeri. Dengan kes mahkamah yang sedang dia hadapi disamping pelbagai tuduhan dan pertikaian keatas tingkah lakunya, untuk apa lagi Lim Guan Eng menerajui negeri kelahiran saya?
Sepanjang 9 tahun pentadbirannya, sudah terlalu banyak kerosakan yang telah dibuat oleh dia sehinggakan kini saya sendiri tidak pasti samada Pulau Pinang masih kekal menjadi salah sebuah negeri di dalam Malaysia atau sudah menjadi sebuah negeri yang telah dijual sepenuhnya oleh Guan Eng kepada pihak luar.

Letak jawatanlah Lim Guan Eng. Kehadiran kamu di Pulau Pinang memang benar-benar merosakkan negeri yang saya cintai ini.
Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan