Senarai Artikel

Selasa, 6 Jun 2017

Adakah Dr. Ooi Kee Beng Dibayar Menggunakan Wang Rakyat ?


1. Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Facebook beliau dimana beliau telah *mengesahkan perlantikan Dr. Ooi Kee Beng sebagai Pengarah Eksekutif Penang Institut* .

Rujukan : https://www.facebook.com/cmlimguaneng/photos/a134876826542427.20241.127235530639890/1674083095955118/?type=3


2. Bagi mereka yang tidak tahu, Dr. Ooi Kee Beng merupakan penulis bagi dua (2) buah buku Lim Kit Siang yang bertajuk:

a. Lim Kit Siang:  Defying the odds

b. The right to differ: A biographical sketch of Lim Kit Siang

3. Persoalanya sekarang, *apa faedah yang bakal dimiliki oleh kerajaan negeri dengan perlantikan Dr. Ooi Kee Beng* sebagai Pengarah Eksekutif Penang Institut memandangkan beliau bukan seorang pakar ekonomi mahupun pernah mempunyai apa - apa pengalaman dalam pentadbiran mahupun di peringkat kerajaan negeri atau pun persekutuan.

4. Selain itu, saya juga ingin menyoal Lim Guan Eng tentang *peranan yang dimainkan oleh Penang Institut.* Apa beza nya peranan yang dimainkan oleh Penang Institut dan Exco Kerajaan Negeri sehingga kerajaan Pulau Pinang memerlukan satu badan khas sebagai "pemikir" kepada kerajaan negeri. Adakah ini kerana Exco dan Ketua Menteri tidak dapat berfikir sehingga memerlukan pihak lain berfikir untuk mereka?

5. Akhir sekali persoalan saya kepada Lim Guan Eng *adakah kos operasi institut ini dibayar oleh rakyat negeri Pulau Pinang* dan *sehingga hari ini sudah berapa juta wang rakyat dibazirkan untuk institut ini* ?

6. Lim Guan Eng perlu telus dalam hal ini kerana jika dilihat dari mereka yang dilantik oleh Penang Institut, ia termasuk YB Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang , Selangor . Apakah mereka ini tidak ada kerja di Negeri Selangor ataupun Pemimpin DAP dari Pulau Pinang tiada otak untuk fikir apa yang terbaik untuk rakyat di Negeri Pulau Pinang. Saya juga ingin tahu berapa kah pula mereka ini dibayar oleh kerajaan negeri menggunakan wang rakyat?*

7. Saya berharap Lim Guan Eng boleh bersikap terbuka dan telus dalam hal duit yang melibatkan Penang Institut sejajar dengan slogan C.A.T beliau yang selalu digunakan. *Jangan guna wang rakyat Pulau Pinang sesuka hati demi kelangsungan parti DAP* .

Terima Kasih

Huan Cheng Guan

Via Facebook Saya :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211939230427949&id=1587733405

Tiada ulasan:

Catat Ulasan