Senarai Artikel

Jumaat, 25 Ogos 2017

Lim Kit Siang kini cabut lari bertanding di Pulau Pinang dan Kedah pada PRU -14 ?

Kenyataan Media

Lim Kit Siang kini cabut lari bertanding di Pulau Pinang dan Kedah pada PRU -14 ?



1. Baru - baru ini kecoh di media sosial bahawa "Top Dog" DAP Lim Kit Siang sudah menukar alamat undi beliau dari Gelang Patah ke Parlimen 049 Tanjong. Ini dengan secara rasminya menunjukkan bahawa Lim Kit Siang tidak akan bertanding di Gelang Patah pada PRU - 14 yang akan datang.

2. Pertama sekali, saya berasa kasihan dan simpati kepada penduduk di Gelang Patah yang seakan tertipu dengan DAP dan Lim Kit Siang. Belum lagi habis tempoh berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Gelang Patah, Lim Kit Siang sudah "cabut lari" ke Pulau Pinang dan menukar alamat mengundi beliau ke sini.

3. Saya juga dimaklumkan melalui sumber dalaman DAP bahawa pada PRU - 14 yang akan datang. Lim Kit Siang akan bertanding di dua kerusi iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga di kerusi Parlimen di dua negeri yang berbeza. Ini merupakan satu rekod yang amat hebat bagi seorang yang berumur 74 tahun sekaligus membuktikan bahawa pemimpin DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh dan tidak berani menghalang kehendak serta kemahuan Lim Kit Siang untuk bertanding di dua kawasan berlainan kerana beliau adalah pemimpin Utama Pakatan Harapan. Selain dari itu , gabungan Anak Bapa ini bukan percaya sama pemimpin pemimpin DAP yang berada di Negeri Pulau Pinang.

4. Selain itu, bagaimana Lim Kit Siang mahu berkhidmat untuk rakyat ? Ini kerana beliau akan bertanding di DUN dalam Negeri Pulau Pinang dan satu kerusi Parlimen di Negeri Kedah. Sudah semestinya rakyat di kedua kawasan ini akan ditinggalkan olih Lim Kit Siang sepertimana berlaku sekarang dan  mengalami nasib yang sama dialami penduduk Gelang Patah sekarang.

5. Jika dilihat dari segi sejarah, ini bukan kali pertama Lim Kit Siang cabut lari dari kawasan yang beliau menjadi Ahli Parlimen. Sepanjang tempoh beliau menjadi Ahli Parlimen, iaitu sejak Tahun 1969, Lim Kit Siang sudah menjadi Ahli Parlimen di Tujuh (7) tempat yang berbeza! Ini berbeza dengan pemimpin Parti Lain yang konsisten berkhidmat di satu kawasan dan tidak "cabut" seperti apa yang dilakukan oleh Lim Kit Siang.


Senarai kawasan yang pernah Lim Kit Siang menjadi wakil rakyat adalah seperti berikut:

a. Bandar Melaka (1969–1974)
b. Kota Melaka (1974–1978)
c. Petaling Jaya, Selangor (1978–1982)
d. Kota Melaka (1982–1986)
e. Tanjong, Pulau Pinang (1986–1999)
f. Ipoh Timur, Perak (2004–2013)
g. Gelang Patah, Johor (sejak 2013)
h. Pulau Pinang dan Kedah - *PRU - 14?*

6. Secara mudahnya, jika kita seorang pemimpin masyarakat yang sentiasa berkhidmat untuk rakyat, sudah pastinya kita akan terus bertanding di satu kawasan sahaja kerana sikap tanggungjawab kita terhadap masyarakat di kawasan tersebut. Ini berbeza dengan Lim Kit Siang yang suka lompat dari satu kawasan, ke kawasan yang lain.

7. Beliau akan lompat dari satu kawasan, ke kawasan yang lain kerana rekod buruk beliau dalam berkhidmat untuk masyarakat. Lihat sahaja banner atau poster - poster di Gelang Patah sekarang yang mempersoalkan mana hilangnya Lim Kit Siang sehingga tidak turun melihat kawasan dan membantu masyarakat setempat. Adakah Ahli Parlimen dan ADUN seperti ini yang rakyat Pulau Pinang dan Kedah mahu sebagai wakil rakyat mereka?

8. Saya berharap pada PRU - 14 yang akan datang, rakyat terutamanya di Negeri Pulau Pinang  tidak ditipu olih Lim Kit Siang dan DAP selama 5 tahun sekali lagi.

Terima Kasih

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia

25 Ogos 2017


Ahad, 20 Ogos 2017

HANYA SUKA MAIN POLITIK

MUKADIMAH: RAMAI yang hairan setiap kali terpalit dengan isu dan kontroversi, Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak menunggu lama untuk menyalahkan pihak lain khususnya Barisan Nasional (BN).

Perkara sama berlaku dalam isu kilang haram habuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Penanti kononnya diwarisi daripada Kerajaan BN terdahulu. WartawanMingguan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAILmendapatkan pandangan Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), DATUK HUAN CHENG GUANberhubung kecenderungan Kerajaan DAP Pulau Pinang itu. Dalam masa sama, beliau yang juga Pengerusi Persatuan Anak Jati Pulau Pinang berkongsi pemerhatian berhubung pendekatan politik DAP sepanjang hampir sembilan tahun menerajui pentadbiran kerajaan negeri itu.


MINGGUAN: Sejauh mana seriusnya masalah kilang haram di Pulau Pinang?

CHENG GUAN:Sesiapa pun tidak boleh menafikan sememangnya banyak kilang haram wujud di negeri ini. Sebab itu saya tidak terkejut kalau ada pihak mendakwa terdapat lebih 200 buah kilang haram kesemuanya.

Kerajaan DAP Pulau Pinang atau pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu jawab dan perjelaskan situasi sebenar. Tetapi saya mahu melihat dari sudut apa produk yang dihasilkan kilang-kilang ini dan apakah kesan ke atas kesihatan dan keselamatan penduduk selain pencemaran kepada alam sekitar.

Isunya di sini mengapa tidak ada tindakan diambil ke atas kilang ini? Dalam kes kilang habuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Penanti, jika tidak boleh dirobohkan bangunan kilang itu sekali pun, mengapa Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengeluarkan arahan supaya operasinya dihentikan? Mengapa selepas sembilan tahun memerintah negeri ini dan selepas banyak kali dilaporkan penduduk, malah dibawa wakil rakyat ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sekalipun, kilang haram itu masih bebas beroperasi?

Peliknya Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat sangat pantas dalam merobohkan bangunan-bangunan haram lain. Tetapi kenapa tidak bertindak ke atas kilang-kilang haram ini? Sebab itu saya lihat apa yang berlaku dalam isu kilang haram ini sebenarnya satu bentuk manipulasi Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk mendapatkan simpati daripada rakyat.

Mereka menyerlahkan kononnya menjadi mangsa dasar Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, tetapi pada hakikatnya mereka tidak mahu mengambil tindakan. Jika ada tindakan yang diambil dalam isu seperti ini banyak yang menjurus kepada keputusan politik.

Maksudnya di sini Kerajaan DAP 'memilih bulu' dalam mengambil tindakan dan melindungi syarikat yang dilihat menyebelahi mereka?

CHENG GUAN: Rakyat menilai kalau anda penyokong kerajaan Pusat, maka tindakan yang diambil adalah lain berbanding jika anda penyokong DAP. Seolah-olah ada dua undang-undang berbeza yang diguna pakai. Saya ambil contoh tindakan ke atas sebuah cafe yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang dirobohkan sebahagian bangunannya selepas pemiliknya mengkritik Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Malah, perniagaan-perniagaan lain pemilik kafĂ© ini juga 'diganggu’ dan dicari walau hanya satu kesalahan kecil sahaja. Mengapa untuk kes sebegini Kerajaan DAP Pulau Pinang boleh bertindak dengan pantas? Dalam kes kilang haram habuk kayu di Penanti, struktur bangunan itu sebenarnya hanya seperti sebuah bangsal sahaja.

Bukannya sebuah kilang yang besar. Jadi mengapa selepas sembilan tahun memerintah, tidak ada tindakan diambil oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang ke atas kilang itu? Tetapi seperti biasa, Kerajaan DAP Pulau Pinang menyalahkan Kerajaan BN dalam isu kilang haram ini.

Sembilan tahun sudah DAP menjadi kerajaan negeri, adakah mereka mahu mengatakan mereka sebenarnya tidak tahu membuat keputusan? Sekarang mereka pula bertanya sama ada kerajaan negeri yang lepas mahu ambil tindakan ke atas kilang ini atau tidak?

Persoalannya siapa yang mentadbir negeri ini hari ini? Kalau itu pun DAP mahu Kerajaan BN jawab, baik mereka semua letak jawatan, biar wakil rakyat BN sahaja yang memerintah.

Sebab itu saya menilai tindakan suka menyalahkan pihak lain ini khususnya terhadap Kerajaan BN terdahulu adalah cara paling mudah untuk DAP menutup kelemahan pentadbiran mereka.

Tetapi dalam masa sama mereka boleh pula mengambil segala kredit atas pembangunan dan kemajuan negeri ini di bawah pemerintahan kerajaan BN.

Maksudnya Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak ada dasar sendiri?

CHENG GUAN: Mereka sebenarnya tidak ada pengalaman menjadi pemerintah. Dasar-dasar mereka dibuat secara ad hoc. Mereka tidak boleh ambil dasar Kerajaan BN terdahulu walau pun yang baik dan terbukti membela rakyat kerana tidak mahu nanti dikatakan mencontohi Kerajaan BN.

Sebab itu pentadbiran kerajaan negeri kucar-kacir. Yang sepatutnya menjadi keutamaan tidak diberikan perhatian. Yang sepatutnya mendapat pembelaan adalah rakyat, tetapi yang diberi perhatian adalah pemaju. Itu apa yang boleh kita nampak berlaku di Pulau Pinang hari ini. Saya tidak nampak kelebihan dan perubahan yang dibawa mereka sejak memerintah negeri ini. Saya rasa majoriti penduduk negeri ini juga bersetuju.

Dasar yang paling jelas setakat ini adalah menyalahkan kerajaan BN semata-mata. Isu-isu melibatkan kebajikan penduduk juga bukan hanya tidak selesai, tetapi menjadi makin serius. Isu rumah mampu milik sebagai contoh, sehingga ke hari ini pun masih ramai penduduk menunggu untuk memiliki kediaman sendiri.

Tetapi mana rumah kos rendah dan sederhana untuk mereka yang ditawarkan kerajaan negeri? Sudahlah mereka sendiri tidak membina rumah yang cukup, usaha agensi Kerajaan Pusat untuk membinanya juga dilengah-lengahkan dengan pelbagai alasan.

Mereka seolah-olah sengaja mengalihkan isu ini untuk menutup kelemahan dan salahkan kerajaan Pusat? Namun hakikatnya banyak kegagalan lain seperti menangani isu banjir dan kampung warisan yang semakin pupus?

CHENG GUAN: Adakah ini sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab. Isu banjir juga sehingga kini bukan sahaja tidak selesai, tetapi lebih banyak kawasan ditenggelami banjir kilat selepas sembilan tahun DAP memerintah.

Penduduk masih ingat bagaimana DAP dengan bangganya berjanji akan menyelesai isu banjir sebelum pilihan raya umum lalu.Tetapi lihat apa yang berlaku hari ini? Setiap kali hujan lebat dalam beberapa jam sahaja beratus-ratus rumah penduduk tenggelam.

Kampung-kampung warisan pun semakin hari semakin pupus diganti dengan projek-projek kondominium mewah. Adakah ini dasar-dasar yang dimahukan penduduk?

Mereka berbangga dengan projek-projek mega seperti terowong dasar laut, tambak tiga pulau buatan, sistem transit aliran ringan (LRT) dan pelbagai lagi yang harganya berbilion-bilion ringgit.

Tetapi selepas sembilan tahun apa status projek-projek ini? Yang penduduk tahu hanya cakap-cakap kosong sahaja tetapi bayang apa pun tidak nampak. Peliknya ada konsultan yang sudah menerima bayaran beratus-ratus juta sedangkan tidak ada projek yang sudah bermula pun lagi.

Jadi selepas sembilan tahun, apa sebenarnya yang dilakukan DAP di Pulau Pinang?

CHENG GUAN: Saya lihat Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya berminat bermain politik, bukannya mentadbir negeri ini dan membela kebajikan penduduk. Mereka juga bertindak seolah-olah masih sebagai pembangkang di negeri ini. Sebab itu mereka seperti mahu mencari musuh dengan semua pihak.

Pantang ada orang yang mengkritik atau menegur Kerajaan DAP Pulau Pinang, tahulah nasib mereka nanti. Sama ada terima surat saman atau dipulaukan. Sebab itu hari ini kita tengok banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri ini mula menjarakkan diri dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Begitu juga persatuan atau komuniti masyarakat Cina yang merasakan semakin jauh dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang. Sedangkan sebelum dua pilihan raya umum lalu, inilah kumpulan-kumpulan yang begitu kuat menyokong DAP. Salah satu sebab mengapa ini berlaku kerana kumpulan ini beranggapan Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini seolah-olah angkuh. Tidak boleh dikritik dan tidak mahu mendengar pandangan mereka.

Tetapi kumpulan ini tidak berani menunjukkan penentangan secara terbuka sebab seperti yang saya jelaskan tadi, mereka bimbang dikenakan tindakan atau dipulaukan.

Maksudnya ada gelombang penentangan terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang daripada akar umbi ketika ini? Itu apa yang saya nampak dan nilai sepanjang saya bergerak mendekati pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini selama ini.

Anda rasa bagaimana saya dapat membongkarkan pelbagai isu melibatkan kepincangan dalam kerajaan negeri? Bagaimana saya boleh dengan yakin beberapa kali membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan isu seperti terowong, rumah mampu milik, penjualan tanah, kilang haram dan banyak lagi?

Kebanyakan maklumat-maklumat itu datang daripada aduan kumpulan masyarakat ini. Mereka tidak tahu mana platform untuk dituju sebab jika mengadu kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang pun tidak mungkin akan ada tindakan diambil. Silap langkah mereka pula yang terkena.

Jangan terkejut jika saya beritahu maklumat-maklumat ini juga diberi kepada saya oleh ahli-ahli DAP dan PKR sendiri. Ada kalangan ahli-ahli parti ini sendiri sebenarnya tidak bersetuju dengan corak pemerintahan DAP di negeri ini dan datang kepada kita untuk kita bongkarkan.


HINDARI POLITIK KEBENCIAN ALA DAP


Apa sebenarnya yang dirasakan ahli akar umbi DAP ini?

CHENG GUAN: Ahli-ahli DAP ini sebenarnya berasa tertipu dengan pemimpin utama mereka hari ini. Mereka juga menilai parti DAP tidak lagi berpegang kepada amalan politik berprinsip.

Bagi mereka, perjuangan DAP hari ini bukan lagi untuk survival parti, tetapi lebih kepada untuk menjamin kekuasaan dan kedudukan pemimpin tertentu.

Contoh paling ketara dalam kerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sejak berpuluh-puluh tahun pemimpin DAP menggambarkan Dr. Mahathir sebagai musuh nombor satu mereka.

Tetapi hari ini Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang dengan penuh senyum lebar dan tangan terbuka luas menerima Dr. Mahathir dalam gabungan mereka.

Ahli-ahli DAP menjadi keliru dan tertanya-tanya apa yang terjadi dengan doktrin Dr. Mahathir sebagai musuh utama DAP yang ditanam dalam kepala mereka berpuluh-puluh tahun lamanya?

Bukankah menerima Dr. Mahathir hanya akan menyelamatkan kedudukan dan kuasa pemimpin tertentu DAP semata-mata? Begitu juga dalam kerjasama dengan Pas yang mana DAP satu ketika dahulu begitu mengagung-agungkan Pas sebagai parti masa depan orang Melayu.

Tetapi lihatlah bagaimana layanan DAP terhadap Pas ketika ini? Semua permainan politik untuk mengekalkan kuasa pemimpin tertentu DAP ini sebenarnya sedang dinilai dan diperhatikan ahli akar umbi parti.

Mungkinkah PKR juga bakal menerima nasib serupa?

CHENG GUAN: Saya tidak hairan jika PKR juga nanti akan diperlakukan seperti Pas oleh DAP. Sikap membuli itu sebenarnya sudah boleh dilihat dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini.

Lihat sahaja di mana kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin selepas beliau membangkitkan mengenai isu kilang haram di kawasannya.

Beliau bukan sahaja dilihat seperti musuh kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang, tetapi juga tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada parti beliau sendiri. Apakah PKR takut dengan DAP sehingga tidak mahu menyokong wakil rakyat sendiri?

Yang saya hairan juga ke mana hilangnya Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. Apakah pernah ada sebarang kenyataan daripada beliau berkenaan isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu itu?

Atau beliau sebenarnya tidak menyedari kilang itu terletak di bawah kawasan Parlimen yang diwakilinya?

Apa nasihat Datuk kepada penduduk Pulau Pinang melihat kepada corak pentadbiran DAP ketika ini?

CHENG GUAN: Saya rasa bukan penduduk Pulau Pinang sahaja, tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya perlu membuka mata dengan politik yang dibawa DAP. Saya ingat sebelum DAP menang banyak kerusi dan menjadi pembangkang dominan seperti hari ini, rakyat Malaysia tidak pernah berdepan isu-isu perkauman dan agama yang tegang.

Kerajaan BN dengan parti-parti komponennya berusaha bersungguh-sungguh memupuk nilai perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Tetapi sejak DAP memenangi banyak kerusi, saya perhatikan budaya politik kebencian dalam kalangan masyarakat begitu ketara.

Sebahagian besar anasir-anasir itu dibawa oleh pasukan siber mereka atau Red Bean Army (RBA). Malah, beberapa pemimpin mereka juga secara terbuka menerusi media sosial membangkitkan perkara-perkara yang boleh mencetuskan ketegangan dan menimbulkan kemarahan kaum lain.

Yang saya kecewa apabila saya melihat pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) seolah-olah tidak mampu bertindak ke atas pihak yang sengaja membangkitkan isu-isu sensitif ini. Sebab itu mereka berani memainkannya berulang-ulang kali.

Politik kebencian yang dibawa DAP ini sangat bahaya kepada negara ini, bukan sahaja boleh mewujudkan situasi tidak harmoni atautidak selamat dalam kalangan rakyat. Tetapi pembangunan negara dan ekonomi juga boleh terencat.

Saya tidak pasti jika masyarakat Cina boleh menerima politik kebencian yang dibawakan DAP ini. Tetapi jika mereka mahu melihat negara ini terus maju ke hadapan dan pembangunan serta kemajuan ekonominya berkembang, mereka perlu memisahkan diri dengan budaya politik DAP ini.

Via: https://m.utusan.com.my/rencana/utama/hanya-suka-main-politik-1.516894

Rabu, 16 Ogos 2017

Lim Guan Eng aware illegal factory had negative impact on villagers but took no action?

Press Statement


1. I refer to a recent statement by the tainted Chief Minister of Penang Lim Guan Eng who had admitted he and the state government was aware that the illegal factory in Sungai Lembu has had a negative impact on the villagers there.

Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/08/16/cm-aware-illegal-factory-has-negative-impact-on-villagers/#RPe7CbmKtEoIoMy5.99

2. This admission from Lim Guan Eng is very shocking as the state government has now clearly admitted that they are a bunch of useless leaders who took No Action against an illegal factory which was causing problems to the nearby villages even after multiple reports were done by the public, affected villagers and also PKR's assemblymen Dr. Norleela of Penanti.

3. My advice to the affected villagers in Sungai Lembu, they shall sue the Penang State government for failing to protect the interest of the public but only protected the interest of the illegal factory owner. In addition, because of the incompetency of the Penang State government, the villagers of Sungai Lembu shall be compensated for all their medical bills since the toxic gas emission from this illegal factory has affected their health.

4. Notwithstanding the above,  i would also like to ask Lim Guan Eng, who approved the state government's policy of not to demolish, or close down illegal structures or businesses that existed before 2008. Was this policy presented in the State Assembly or in the Exco Meeting chaired by the Chief Minister? Disclose the minutes of meeting to show that you are truly competent, accountable and transparent. Disclose all the attendees of the said meeting and show the people of Penang the leaders of Penang that agreed with this policy.

5. Finally, i would also like to ask Lim Guan Eng how did he come to a conclusion that the illegal factory was build before 2008 and not after 2008? Does he have any evidence to back up his claims or is merely spinning to save the DAP led Penang State government?

Thank You.

Datuk Huan Cheng Guan
Deputy President
Parti Cinta Malaysia

Publish By:


Rabu, 9 Ogos 2017

Apa lagi yang Lim Guan Eng sembunyikan dari rakyat Pulau Pinang?


1. Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng nampaknya sekali lagi telah memperbodohkan diri beliau sendiri apabila cubaan beliau untuk mengelirukan rakyat Pulau Pinang gagal. Ini berikutan kenyataan beliau sebelum ini yang berbangga apabila  95% hutang kerajaan Pulau Pinang berjaya dikurangkan adalah kerana konon nya hasil urus tadbir baik atau polisi CAT  kerajaan negeri.

2. Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, ianya pertama sekali membuktikan bahawa pengurangan 95% hutang di Pulau Pinang adalah ekoran *bantuan dari Kerajaan Persekutuan*. Ia sememangnya bukan disebabkan ‘urus tadbir yang baik’ atau polisi CAT. Kenapa perkara ini cuba disembunyikan oleh Joseph Lim Guan Eng?

3. Malah, bukan sahaja kerajaan Persekutuan dibawah Barisan Nasional membantu kerajaan Pulau Pinang melangsaikan hutang mereka, lebih dari itu kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh BN turut *menyalurkan dana berbentuk geran berjumlah RM1.2 bilion* untuk memperluaskan Empangan Mengkuang. Bantuan ini juga cuba dirahsiakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada rakyat di negeri sebelum ini. Mengapa?

4. Jika dilihat dari keseluruhan bantuan yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan kepada DAP Pulau Pinang, ianya sudah berjumlah hampir RM1,887.8 juta (RM1.8 bilion) dimana berikutan perjanjian penstrukturan air pada 2011, Kerajaan Persekutuan mengambilalih hutang RM655.24 juta ditambah pula memberi geran kepada kerajaan DAP Pulau Pinang sebanyak RM 1.2 billion.

5. Ini juga membuktikan bahawa kerajaan *Persekutuan Barisan Nasional tidak pernah "anak tiri" kan Pulau Pinang* seperti yang selalu diperkatakan pemimpin DAP. Malah bantuan berterusan diberikan Kerajaan BN. kepada kerajaan negeri bagi memastikan rakyat Pulau Pinang terus hidup dalam keadaan yang baik dan sejahtera.

6. Nampaknya *polisi CAT yang dibawa oleh DAP telah gagal* dalam mentadbir kerajaan dengan baik sehingga bantuan terpaksa diberikan oleh kerajaan Persekutuan kepada Joseph Lim Guan Eng dan kawan - kawan beliau. Persoalanya sekarang, apa lagi bantuan yang diberikan kerajaan Persekutuan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang yang Joseph Lim Guan Eng cuba sembunyikan dari rakyat di negeri ini?

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia.

Lim Guan Eng patut jadi anak jantan, lawan kes rasuah di Mahkamah

Kenyataan Media


Semalam Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan peruntukan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang menghendaki seseorang tertuduh memfailkan pertahanannya sebelum perbicaraan sebagai tidak sah dan terbatal.

Keputusan itu dibuat susulan rayuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon yang memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 62 akta itu bercanggah dengan Artikel 5 (1) dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan sudah semestinya disambut baik oleh pemimpin serta penyokong pembangkang. Seperti biasa apabila satu - satu keputusan mahkamah berpihak kepada mereka, pihak pembangkang akan memuji sistem kehakiman negara. Namun jika mereka kalah sesuatu kes, kerajaan dan sistem kehakiman pula yang dipersalahkan.

Kembali kepada kes Lim Guan Eng, pada Disember tahun lalu, beliau dan ahli perniagaan Phang Li Khoon telah didakwa di Pulau Pinang atas tuduhan rasuah.

Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk kepentingan diri dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian kepada tujuan kediaman pada mesyuarat Exco bertarikh 18 Julai 2014. Selain itu, Guan Eng juga didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dalam pertuduhan itu, beliau didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kepentingan menerusi pembelian sebuah banglo daripada Li Khoon pada harga RM2.8 juta, iaitu bawah daripada harga pasaran RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.

Persoalanya sekarang, jika Lim Guan Eng tidak bersalah, mengapa beliau secara konsisten cuba menangguhkan kes beliau yang kini sudah masuk tempoh hampir satu tahun?

Secara lazimnya, jika Lim Guan Eng yakin beliau tidak bersalah dan melakukan sebarang salah guna kuasa dan rasuah,beliau sepatutnya menggesa mahkamah supaya mempercepatkan kes beliau supaya nama beliau dapat dibersihkan dan membuktikan pertuduhan ini hanya merupakan satu taktik kerajaan BN menyerang DAP. Tetapi mengapa Lim Guan Eng tidak mahu mendesak mahkamah mempercepatkan sebutan kes beliau?

Seperti pepatah Melayu, Berani kerana benar, takut kerana salah

Terima Kasih

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia

41 Tuduhan Rasuah: COO Rapid Penang Ikut Jejak Langkah Ketua Menteri


Dakwaan 41 tuduhan rasuah terhadap Mohd Shukri Abdul Rahman 54, melengkapkan drama bersiri bahawa Pulau Pinang bukan sahaja sebuah negeri hub pemprosesan dan pengedaran dadah antarabangsa, kegiatan jenayah berat, sarang maksiat dan pelacuran, malahan ia juga sebuah negeri rasuah.

Shukri yang juga Ketua Pegawai Operasi (COO) Rapid Penang didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen Kuantan  atas 41 pertuduhan rasuah berjumlah RM438,418.91 yang diterimanya dari empat buah syarikat bermula 2013 sehingga 2017.

Mengikuti jejak langkah Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim yang tidak mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah dan skandal banglo, demikianlah juga Shukri apabila pertuduhan dibacakan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Habibah Mohamed Yusof.

Beliau  menghadapi 10 pertuduhan menerima suapan tunai berjumlah RM31,500 dari Alexander Dennise (M) Sdn Bhd sebagai dorongan membantu syarikat tersebut memperoleh kontrak pembekalan 80 bas setingkat dan 40 bas dua tingkat.

Selain dari itu, beliau juga didakwa dengan tiga pertuduhan menerima suapan  tunai RM300,000 dari Jayonik MSC Sdn Bhd bagi projek ‘Develop, Design, Manufacture, Supply, Delivery, Installations, Testing, Commissioning and Warranty of Bus Simulator System for Prasarana’ yang dianggar bernilai RM8 juta.

Pertuduhan lain yang dihadapi oleh Shukri adalah 13 pertuduhan menerima suapan tunai berjumlah RM74,000 dari  Nato Auto & Engineering Sdn Bhd sebagai imbalan meluluskan pembayaran bagi pembekalan alat ganti bas.

Shukri juga didakwa atas tujuh pertuduhan lain menerima suapan dari  syarikat yang sama dalam bentuk pembaharuan insurans kenderaan dan pembayaran cukai jalan bagi kenderaan milik peribadinya berjumlah RM13,057 sebagai imbalan  meluluskan pembayaran bagi pembekalan alat ganti bas.

Suapan tunai berjumlah RM19,861.91 yang diperolehi oleh Shukri dari Yon Ming Auto & Industrial Park Sdn Bhd  berhadapan dengan lapan pendakwaan rasuah sebagai imbalan meluluskan bayaran bagi  kerja-kerja pembekalan alat ganti bas.

Kesemua 41 pertuduhan rasuah tersebut dilakukan antara 2013 hingga 2017 di beberapa daerah di Pahang, antaranya di Pekan dan Kuantan.

Shukri  didakwa di bawah  Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi  20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib memohon kepada hakim agar kesemua pertuduhan itu dibicarakan serentak  selain pasport antarabangsa Shukri diserahkan kepada mahkamah.

Ahmad Akram  juga meminta tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin memandangkan kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.

Menurut Ahmad Akram, "Jika dibenarkan diikat jamin, saya memohon kepada mahkamah agar menetapkan satu jumlah yang tinggi iaitu sebanyak RM300,000 memandangkan kesalahan dilakukan melibatkan jumlah yang besar.”

Bagaimanapun peguam tertuduh Datuk Shukri Mohamad memohon agar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya kini dalam proses mendapatkan rawatan penyakit kencing manis selain tertuduh juga telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan kes itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 4 September  ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh kemudian membayar wang ikat jamin berkenaan.

Sebelum ini Mohd Shukri juga didakwa di Mahkamah Sesyen, Pulau Pinang atas satu pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM70,000 daripada syarikat Jayonik MSC Sdn Bhd pada 20 April 2015.


*Datuk Huan Cheng Guan*
*Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia*
*7 Ogos 2017*
*Sabtu 8.00p.m.*

Isnin, 7 Ogos 2017

Guan Eng, Jawablah.. ? 

MUKADIMAH

BANYAK persoalan berlegar di fikiran Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan mengenai apa yang didakwanya sebagai kegagalan kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Benarkah apa yang dipersoalkan oleh Cheng Guan berkisar isuisu melibatkan kepentingan rakyat negeri itu, yang dikongsinya dengan wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL ketika dihubungi semalam.



Isu perumahan dikatakan membelenggu pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, benarkah?

CHENG GUAN : DAP perlu jelaskan berapakah jumlah wang yang telah disalurkan kerajaan negeri kepada Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) untuk pembinaan perumahan mampu milik. Ini dari hasil penjualan tanah tambakan laut Bayan Mutiara yang sering diuar-uarkan oleh kerajaan negeri sehingga 2016.

PDC difahamkan telah menerima suntikan kewangan RM500 juta daripada kerajaan negeri tetapi peliknya masih memerlukan pinjaman RM609 juta daripada kerajaan negeri untuk melaksanakan projeknya.

Mengapa isu ini dibangkitkan?

Batu Kawan adalah kawasan di daerah Seberang Perai Selatan dan kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini memiliki tanah yang cukup dan boleh dibuat pembangunan di situ. Tetapi kenapa kerajaan DAP sejak 2012 lebih berminat dan memilih untuk menjual sebahagian besar tanah Batu Kawan kepada pemaju-pemaju swasta dan tidak diberikan kepada PDC untuk membangunkannya?

Ini seolah-olah menafikan peluang PDC untuk membangunkan tanah-tanah berkenaan, sekali gus menafikan peluang PDC untuk membuat keuntungan sehingga menyebabkan kerajaan perlu memberikan suntikan modal tambahan dalam bentuk pinjaman kepada PDC untuk 2017.

Selaku Ketua Menteri, Lim Guan Eng tak ambil kisahkah?

Pada 2012, Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik dijangka dibina pihak kerajaan negeri di bawah Fasa 1 dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 juta dan ia telah pun dilancarkan pada 17 Februari 2012.

Namun sehingga kini tiada satupun rumah mampu milik yang telah dibina oleh kerajaan negeri. Walaupun kerajaan negeri memberi pinjaman kepada PDC namun sehingga kini perumahan mampu milik masih menjadi isu di Pulau Pinang.

Berjalan elokkah tadbir urus kerajaan negeri?

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Pulau Pinang sepatutnya berada dalam keadaan defisit dan bukannya lebihan bajet jika tidak kerana penjualan tanah oleh kerajaan negeri itu. Ini kerana lebihan bajet terkumpul sebanyak RM574 juta kerajaan Pulau Pinang yang diterajui DAP datang dari hasil penjualan tanah-tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang.

Perbelanjaan operasi kerajaan negeri meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak 2008 hingga 2015. Peningkatan besar ini dijangka terus naik berikutan perbelanjaan operasi di bawah Bajet Pulau Pinang 2017 diunjurkan lima kali ganda daripada angka pada 2008.

DAP sering uar-uarkan dapat kurangkan hutang kerajaan negeri sehingga 95 peratus oleh kerana prinsip Cekap Telus dan Amanah (CAT) yang dipraktikkan, betulkah?

Apa yang saya difahamkan berlaku ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kerajaan Persekutuan telah mengambil alih hutang semasa kerajaan negeri berjumlah RM655 juta dan mengubahnya kepada bayaran tahunan sebanyak RM14.56 juta di mana kerajaan Pulau Pinang membayar kepada Kerajaan Persekutuan selama 45 tahun pada jumlah keseluruhan yang sama.

Untuk itu, daripada satu hutang, ia ditukar kepada pemajakan. Sebagai pulangannya, Kerajaan Pulau Pinang menjanjikan aset air dan tanah kepada Kerajaan Persekutuan.

Diterbitkan Oleh: