Senarai Artikel

Jumaat, 25 Ogos 2017

Lim Kit Siang kini cabut lari bertanding di Pulau Pinang dan Kedah pada PRU -14 ?

Kenyataan Media

Lim Kit Siang kini cabut lari bertanding di Pulau Pinang dan Kedah pada PRU -14 ?



1. Baru - baru ini kecoh di media sosial bahawa "Top Dog" DAP Lim Kit Siang sudah menukar alamat undi beliau dari Gelang Patah ke Parlimen 049 Tanjong. Ini dengan secara rasminya menunjukkan bahawa Lim Kit Siang tidak akan bertanding di Gelang Patah pada PRU - 14 yang akan datang.

2. Pertama sekali, saya berasa kasihan dan simpati kepada penduduk di Gelang Patah yang seakan tertipu dengan DAP dan Lim Kit Siang. Belum lagi habis tempoh berkhidmat sebagai Ahli Parlimen di Gelang Patah, Lim Kit Siang sudah "cabut lari" ke Pulau Pinang dan menukar alamat mengundi beliau ke sini.

3. Saya juga dimaklumkan melalui sumber dalaman DAP bahawa pada PRU - 14 yang akan datang. Lim Kit Siang akan bertanding di dua kerusi iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga di kerusi Parlimen di dua negeri yang berbeza. Ini merupakan satu rekod yang amat hebat bagi seorang yang berumur 74 tahun sekaligus membuktikan bahawa pemimpin DAP dan Pakatan Harapan tidak boleh dan tidak berani menghalang kehendak serta kemahuan Lim Kit Siang untuk bertanding di dua kawasan berlainan kerana beliau adalah pemimpin Utama Pakatan Harapan. Selain dari itu , gabungan Anak Bapa ini bukan percaya sama pemimpin pemimpin DAP yang berada di Negeri Pulau Pinang.

4. Selain itu, bagaimana Lim Kit Siang mahu berkhidmat untuk rakyat ? Ini kerana beliau akan bertanding di DUN dalam Negeri Pulau Pinang dan satu kerusi Parlimen di Negeri Kedah. Sudah semestinya rakyat di kedua kawasan ini akan ditinggalkan olih Lim Kit Siang sepertimana berlaku sekarang dan  mengalami nasib yang sama dialami penduduk Gelang Patah sekarang.

5. Jika dilihat dari segi sejarah, ini bukan kali pertama Lim Kit Siang cabut lari dari kawasan yang beliau menjadi Ahli Parlimen. Sepanjang tempoh beliau menjadi Ahli Parlimen, iaitu sejak Tahun 1969, Lim Kit Siang sudah menjadi Ahli Parlimen di Tujuh (7) tempat yang berbeza! Ini berbeza dengan pemimpin Parti Lain yang konsisten berkhidmat di satu kawasan dan tidak "cabut" seperti apa yang dilakukan oleh Lim Kit Siang.


Senarai kawasan yang pernah Lim Kit Siang menjadi wakil rakyat adalah seperti berikut:

a. Bandar Melaka (1969–1974)
b. Kota Melaka (1974–1978)
c. Petaling Jaya, Selangor (1978–1982)
d. Kota Melaka (1982–1986)
e. Tanjong, Pulau Pinang (1986–1999)
f. Ipoh Timur, Perak (2004–2013)
g. Gelang Patah, Johor (sejak 2013)
h. Pulau Pinang dan Kedah - *PRU - 14?*

6. Secara mudahnya, jika kita seorang pemimpin masyarakat yang sentiasa berkhidmat untuk rakyat, sudah pastinya kita akan terus bertanding di satu kawasan sahaja kerana sikap tanggungjawab kita terhadap masyarakat di kawasan tersebut. Ini berbeza dengan Lim Kit Siang yang suka lompat dari satu kawasan, ke kawasan yang lain.

7. Beliau akan lompat dari satu kawasan, ke kawasan yang lain kerana rekod buruk beliau dalam berkhidmat untuk masyarakat. Lihat sahaja banner atau poster - poster di Gelang Patah sekarang yang mempersoalkan mana hilangnya Lim Kit Siang sehingga tidak turun melihat kawasan dan membantu masyarakat setempat. Adakah Ahli Parlimen dan ADUN seperti ini yang rakyat Pulau Pinang dan Kedah mahu sebagai wakil rakyat mereka?

8. Saya berharap pada PRU - 14 yang akan datang, rakyat terutamanya di Negeri Pulau Pinang  tidak ditipu olih Lim Kit Siang dan DAP selama 5 tahun sekali lagi.

Terima Kasih

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia

25 Ogos 2017


Tiada ulasan:

Catat Ulasan