Senarai Artikel

Sabtu, 8 Julai 2017

Masa untuk Lim Guan Eng jadi "anak jantan" dan jalankan semula pemilihan CEC parti DAP

*Kenyataan Media*


1. Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebentar tadi dimana RoS telah membuat keputusan berlandaskan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan Parti DAP itu sendiri bahawa pihak Parti DAP perlu mengadakan sekali lagi pemilihan semula Ahli Jawatankuasa Pusat (CEC) yang baharu.

Sumber : https://m.malaysiakini.com/news/387790

2. Perlu diingatkan bahawa skandal penipuan dalam pemilihan CEC DAP ini telah dilaporkan oleh ahli DAP sendiri dimana ahli DAP tidak berpuas hati dengan kepincangan terhadap proses-proses pemilihan semula CEC DAP yang dijalankan pada 29 September 2013 yang lalu.

3. Memandangkan keputusan telah dibuat oleh RoS. Saya kini berharap Lim Guan Eng serta bapa beliau tidak lagi "berdrama" dengan memberikan seribu satu alasan untuk tidak melakukan pemilihan semula CEC DAP. Jika Lim Guan Eng anak jantan sudah semestinya beliau akan berani bertanding dan mempertahankan jawatan Setiausaha Agung parti yang disandang beliau sekarang.

4. Keputusan yang dibuat oleh RoS ini juga secara rasminya membuktikan bahawa barisan tertinggi kepimpinan parti DAP telah menipu dalam pemilihan parti mereka pada pemilihan tahun 2013. Ini membuktikan mereka semua adalah hipokrit apabila mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) konon nya tidak telus dalam PRU tetapi mereka sendiri adalah kaki penipu dalam pemilihan parti mereka.

5. Saya berharap rakyat Malaysia buka mata dan lihat sendiri sikap hipokrit dan penipu pemimpin - pemimpin DAP ini. Adakah penipu sebegini yang kita mahu mentadbir kerajaan pada masa akan datang?

Terima Kasih

*Datuk Huan Cheng Guan*
*Timbalan Presiden*
*Parti Cinta Malaysia*



Khamis, 6 Julai 2017

Sekarang Ezam Mohd Noor keluar Parti Generasi Baru pula?

Kenyataan Media


1. Ezam Mohd Noor sebentar tadi telah mengumumkan keluar Parti Generasi Baru yang beliau cuba rampas dan mengubah nama kepada Parti Bebas Rasuah. Sebelum beliau buat - buat lupa, saya ingin bertanya kepada Ezam Mohd Noor bila beliau ingin mendedahkan kandungan 6 kotak rahsia yang tersembunyi semua kes korupsi bekas pemimpin kerajaan di zaman Dr. Mahathir Mohamad?

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/382344

2. Sebagai seorang yang konon nya berjuang untuk membebaskan negara dari belenggu rasuah, adalah tidak masuk akal Ezam Mohd Noor sanggup bersubahat dengan pemimpin- pemimpin pembangkang dengan menyimpan 6 kotak yang terdapat bukti skandal rasuah bekas pemimpin kerajaan.

3. Persoalanya sekarang, adakah benar 6 kotak ini wujud ataupun merupakan lagi satu penipuan dan cerita dongeng dari Ezam Mohd Noor hanya supaya beliau terus kelihatan relevan dalam politik tanah air. Umum ketahui bahawa Ezam Mohd Noor kini merupakan seekor "Katak" kerana suka melompat dari satu parti ke parti yang lain.

4. Lebih menakutkan jika parti orang lain pun beliau dan kawan - kawan beliau boleh curi, apalah nasib rakyat Malaysia nanti jika Ezam dan parti pembangkang memimpin negara ini. Mungkin kita semua juga kena jual dengan mereka.

Terima Kasih

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia