Senarai Artikel

Ahad, 15 Oktober 2017

Kit Siang Jadi PM - Ini Agenda DAP


MUKADIMAH

ISU kenyataan ahli DAP , Datuk Zaid Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Agung DAP , Prof. Dr. P. Ramasamy baru-baru ini tentang kewajaran Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan dating telah mencetuskan pelbagai reaksi yang sinis. Ada yang melihat kenyataan itu sekadar pandangan yang belum tentu direalisasikan berdasarkan kepada situasi semasa seperti isu perumahan dan kebajikan orang Melayu semakin terpinggir yang berlaku di Pulau Pinang sekarang. Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, DAT UK HUAN CH ENG GUAN misalnya, turut mentakrifkan gaya serta pendekatan DAP yang berbeza dalam membawa hala tuju politik orang Cina yang mempunyai pelbagai anutan agama sebagai rakyat negara ini. Katanya ramai orang Cina di Malaysia memiliki perbezaan ketara jika dibandingkan mereka yang dipengaruhi oleh DAP . Wartawan Mingguan Malaysia, HA FIZAH RIL HAMID , ABD. AZIZ ITA R dan AMI ZUL TUNI ZAR AHMAD TERMI ZI menemu bual Cheng Guan yang lantang menyuarakan formula toleransi kaum Cina dalam politik negara ini yang patut dikekalkan demi keharmonian generasi seterusnya. Justeru katanya, kenyataan mengatakan Penasihat DAP itu paling layak menjadi Perdana Menteri seterusnya adalah sesuatu yang lucu dan perlu difikirkan berkali-kali.


MINGGUAN: Baru-baru ini, Datuk Zaid Ibrahim mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi Perdana Menteri lebih baik daripada pemimpin UMNO dan kemudian disokong pula dengan kenyataan Prof. Dr. P. Ramasamy. Komen Datuk?

HUAN CHENG GUAN: Mereka (DAP) memang ada menyimpan harapan supaya Kit Siang menjadi Perdana Menteri Malaysia akan datang. Selama ini Kit Siang menafikan bahawa dia mahu jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

Ini menunjukkan pakatan mahu mengambil kepimpinan daripada UMNO supaya Kit Siang jadi Perdana Menteri. Sebenarnya kalau dilihat dalam gabungan pembangkang parti yang paling kuat adalah DAP kerana mereka mempunyai kerusi paling banyak di Parlimen.

Dari segi kewangan juga DAP yang paling kaya. Ramai pemimpin Melayu termasuk dari PKR yang sanggup 'tunduk' dengan DAP malah mereka telah diambil bekerja di Pulau Pinang di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Zaid ada berkata, Ramasamy pun sudah kata, jadi saya minta pakatan umumkanlah sahaja sekiranya mereka mahu Kit Siang jadi Perdana Menteri. Saya tidak pasti sama ada yang cakap macam itu ialah Zaid atau Ramasamy sendiri? Ataupun Kit Siang yang suruh mereka cakap macam itu? Itu saya tidak pasti.

Tetapi takkanlah Ramasamy boleh tiba-tiba cakap dan Zaid pun cakap benda yang sama bahawa Kit Siang memang layak menjadi Perdana Menteri? Mungkin di sebalik cakap-cakap mereka itu macam sudah ada 'skrip' sahaja.

Apakah idea Kit Siang jadi Perdana Menteri itu boleh diterima oleh PKR, PAN dan PPBM?

HUAN CHENG GUAN: Cadangan itu tiada masalah bagi PAN, PKR atau parti Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana mereka selama ini telah dikuasai oleh DAP. PAN memang mendengar apa sahaja yang dikatakan DAP sebab apa yang DAP cakap semua PAN akan ikut. DAP mahu kuasa sahaja.

Kebanyakan pemimpin DAP pula beragama Kristian. Bagi mereka tujuan utama adalah mengambil alih negara Malaysia. Pada masa yang sama mereka juga mendapat sokongan daripada pihak Barat.

Kenapa boleh timbul kenyataan sebegini sedangkan DAP sendiri gagal mentadbir Pulau Pinang dengan baik?

HUAN CHENG GUAN: Sekarang di Pulau Pinang teruk... contohnya dalam isu banjir dan perumahan. Ada banyak kondominuim yang dibina tetapi ia hanya mampu dilihat sahaja dan bukannya mampu milik.

Harganya sampai RM700,000 hingga RM1 juta. Orang biasa memang tidak mampu beli. Banyak kilang yang besar sudah pindah ke luar Pulau Pinang. Anak-anak negeri itu berhijrah ke Kuala Lumpur sebab di Pulau Pinang kurang kerja. Pendapatan purata bulanan bagi isi rumah penduduk Pulau Pinang juga di bawah kadar purata kebangsaan.

Guan Eng pula ada kes rasuah dan asyik menyalahkan orang lain sahaja. Sepatutnya dia kena letak jawatan. Kalau orang lain yang terbabit dalam kes rasuah dia pandai pula suruh orang itu letak jawatan.

Apakah sukar untuk Barisan Nasional (BN) merampas semula Pulau Pinang daripada DAP?

HUAN CHENG GUAN: Seharusnya pihak BN ada perancangan untuk rakyat Pulau Pinang selepas ini. Kalau mereka berjaya mengambil semula negeri itu apakah perancangan yang mereka boleh lakukan terhadap rakyat Pulau Pinang? Kalau DAP memang lagilah mereka tidak ada rancangan hanya tabur janji sahaja.

Masalah di sana banyak antaranya kos dan harga rumah yang sangat mahal. Kalau anak muda yang baru habis belajar dari universiti pun gaji permulaan mereka baru RM2,000 hingga RM3,000 mereka memang tidak mampu hendak beli rumah.

Kalau dulu di zamam Tun Dr. Lim Chong Eu (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang) dia bina rumah kos rendah hanya RM25,000 seunit sahaja. Masa itu saya dalam tentera dan gaji saya lebih kurang RM400 sahaja sebulan.

Saya mampu beli rumah kos rendah kerana bayaran bulanannya hanya RM138 sebulan. Saya rasa zaman itu adalah yang paling baik kerana dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Chong Eu.

Kerajaan DAP sekarang mereka tidak peduli. Sebenarnya ini adalah tanggungjawab kerajaan Pulau Pinang untuk membina rumah kos rendah dan sederhana kepada rakyat jelata tidak kira sama ada orang itu dari BN atau parti pembangkang. Itu adalah tanggungjawab mereka. Bukannya dengan jual tanah-tanah di Pulau Pinang kepada pemaju atau taikun dan buat rumah-rumah yang mahal-mahal. Maka anak-anak Pulau Pinang mereka haruslah sedar apa yang sedang berlaku sekarang.

Kalau kita lihat kebanyakan orang Melayu di sana pun telah dipinggirkan. Banyak kampung Melayu sudah tidak ada. Mereka terpaksa berpindah ke Kulim dan Sungai Petani di Kedah. Rumah yang asal di Pulau Pinang sudah tidak ada lagi.

Selama dua penggal DAP perintah Pulau Pinang mereka 'sailang' habis. Kalau DAP terus perintah Pulau Pinang semua akan dijual sampai pokok, pasir dan rumput pun akan habis.

Kebanyakan Cina tidak fikir sama seperti DAP. Di Malaysia kebanyakan pemimpin DAP adalah Kristian maka pandangan dan pemikiran mereka tidak sama dengan Cina Malaysia seperti saya dan yang lain-lain.

Di Malaysia 10 peratus orang Cina beragama Kristian, 10 peratus Buddha, 80 peratus beragama Tao. Saya beragama Tao. Kita bukan gila mahu jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri atau Menteri.

Bagi kita (orang Cina) sekiranya Malaysia ini maju, makmur, semua orang ada kerja, dapat cari makan kira sudah okaylah. Apa mahu lagi? Kita kena faham kaum di Malaysia, orang Melayu adalah yang paling ramai. DAP ini kalau boleh mahu semua.

Ramai orang Melayu yang mereka sudah 'beli'. Adakah orang Melayu yang bekerja di bawah Lim Guan Eng tidak dibayar? Ada ke? Semua ada elaun, ada gaji.

Pulau Pinang ini saya panggil ia sebagai negeri yang gagal. Tidak payah tengok jauhlah lihat sahaja bidang sukan, bola sepak, apa macam? Jawatan dalam persatuan bola sepak ini sepatutnya untuk mereka yang betul-betul minat dalam sukan atau yang profesional dan bukannya ahli politik dan suka-suka letak mereka di sana (dalam persatuan).

Andaikata DAP memerintah, apakah yang paling dibimbangkan?

HUAN CHENG GUAN: Sebelum DAP menguasai Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, mana ada masalah antara Cina dan Melayu di sana. Tetapi selepas mereka menang dalam PRU, mereka begitu agresif sampai sekarang. Macam-macam mereka buat.

Kalau anda pantau dalam Facebook, WhatsApp dan media sosial lain, kerja mereka hanyalah putar belit, fitnah, hasut dan melemparkan tohmahan kepada pemimpin-pemimpin BN yang lain.

Mereka juga tanamkan rasa kebencian antara kaum. Itu penting untuk dilihat. Mereka menyebabkan Melayu bergaduh dengan Cina dan Cina bergaduh dengan Melayu. Tetapi bagi orang Cina seperti saya yang beragama Tao kita lebih bertoleransi dalam isu itu.

Dr. Mahathir dulu tidak suka Kit Siang tetapi sekarang bolehkah beliau terima pemimpin DAP itu jadi Perdana Menteri?

HUAN CHENG GUAN: Kalau sejak lebih 30 tahun dulu pun dia (Kit Siang) selalu balun (bantai) BN (Barisan Nasional). Mereka saling mengutuk satu sama lain. Dia kata Mahathir 'syaitan', dan Mahathir pun kata Kit Siang 'syaitan'. Sekarang dua-dua ini berpeluk sekali. Ini bukan 'syaitan' tetapi munafik.

Ramasamy dalam satu temu bual baru-baru ini, beliau kata Kit Siang paling layak jadi Perdana Menteri kerana pengorbanannya disebabkan pernah dipenjarakan dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Saya mahu tanya siapa yang penjarakan Kit Siang dulu? Datuk Seri Najib atau Mahathir? Itu pengorbanan apa? Sekarang dia (Kit Siang) berpelukan pula dengan Mahathir. Inilah politik cara mereka.

Ada pihak mendakwa siasatan terhadap beberapa orang yang ada kaitan dengan seorang bekas pemimpin UMNO dari Sabah berhubung penyelewengan RM1.5 bilion dan dana KKLW bermotifkan politik. Apa komen Datuk?

HUAN CHENG GUAN: Sekarang ini saya lihat Malaysia satu-satunya negara dalam dunia apabila ada ahli politik macam dari Pakatan Harapan yang kena tangkap fasal kes rasuah, mereka cakap itu semua sebab politik. Tetapi kalau orang lain yang dari BN kena tangkap kes rasuah maka mereka cakap individu itu patut ditangkap dan didakwa. Mereka patut letak jawatan juga. Ini semua standard pakatan pembangkang di Malaysia.

Kalau anda lihat mereka pergi keluar negara juga akan mengutuk negara sendiri. Mana ada orang luar negara yang pergi ke negara lain dan kutuk negara sendiri. Bagi saya, mereka ini pengkhianat negara.

Kalau di negara China misalnya, pengkhianat seperti ini sudah kena hukuman berat. Cuma di Malaysia sahaja mereka bebas berbuat apa sahaja. Saya lihat kerajaan kita berlembut sangat dalam isu ini.

Kalau di Singapura orang macam ini sudah lama kena saman sampai bankrap. Menteri kita terlalu baik. Biarkan sahaja mereka itu. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pun tidak ambil tindakan.

Kementerian Dalam Negeri pun rileks sahaja. Kalau pakatan pembangkang memerintah Malaysia, teruklah orang macam ini. Tengah malam orang akan datang ketuk pintu (tangkap).

Guan Eng telah didakwa di mahkamah berhubung kes rasuah. Mungkin beliau patut letak jawatan sahaja?

HUAN CHENG GUAN: Kit Siang dan Guan Eng tidak akan letak jawatan. Objektif mereka belum tercapai lagi. Mereka mahu jadi Perdana Menteri dan mendapat sokongan dari luar. Mereka boleh minta orang luar campur tangan dalam urusan dalam negara kita.

Saya pun orang Cina tetapi mereka ini Cina DAP yang lain. Saya Cina Malaysia. Kami mahu negara yang aman, makmur dan ada pendidikan, pekerjaan pun ada. Itu sudah okay. Kita bukan gila mahu itu ini.

Kalau mereka mahu balik semula ke China, saya fikir mereka yang di sana pun tidak mahu terima mereka. Mereka ini adalah 'parasit'. Bagi saya Cina DAP dan Cina Malaysia seperti saya memang lain.

Dalam Facebook saya ada tulis penerangan ini untuk orang Melayu. Kalau mahu marah orang Cina jangan marah orang Cina Malaysia macam saya tetapi marahlah dengan Cina yang perangai macam DAP.

PRU akan datang agak menarik kerana kewujudan parti-parti serpihan baharu UMNO dan Pas. Bagaimana Datuk melihat kekuatan UMNO dan Pas sekarang?

HUAN CHENG GUAN: Saya rasa PAN tidak akan ke mana-mana. Macam di Kelantan baru-baru ini dalam satu ceramah di sana saya pun datang berceramah. Orang yang datang ramai sampai 200,000 orang.

Ini membuktikan Pas memang masih ada kekuatan di sana. Kalau kita lihat perhimpunan-perhimpunan yang dibuat oleh pakatan pembangkang sekarang ini tanpa penyertaan Pas mana ada orang ramai datang. Mereka (pakatan) tak ada kekuatan akar umbi.

Macam Rafizi Ramli dan Tony Pua mereka ini hanya boleh cakap sahaja. Yang kuat dalam kelompok orang Melayu hanya Pas dan UMNO sahaja.

Adakah langkah Dr. Mahathir masuk pakatan pembangkang boleh menjejaskan BN atau zaman beliau sebenarnya sudah berlalu?

HUAN CHENG GUAN: Saya nampak Dr. Mahathir dan DAP mereka menggunakan antara satu sama lain. Yang lebihnya DAP sebenarnya 'memperkudakan' Mahathir. Mereka tidak berani menolak apa yang DAP cadangkan.

Memang DAP memerlukan Mahathir bagi menarik pengundi Melayu. Tetapi sejak kebelakangan ini banyak ahli parti Mahathir sendiri yang telah meninggalkan parti itu.

Kalau orang Cina mereka tidak boleh buat apa-apa pun dalam parti Mahathir itu kerana ia hanya untuk kaum bumiputera.

SKMM kena pantau banyak fitnah pembangkang sejak akhir-akhir ini dalam media sosial seperti Facebook. Tetapi apa yang mereka buat?

Kalau sekali dua fitnah tidak apa juga tetapi kalau dibiarkan berterusan orang ingat perkara itu memang betul. Malah, dalam media sosial dalam bahasa Cina lagi teruk tohmahan dan fitnah yang dikeluarkan pembangkang terhadap kerajaan.

Via : https://m.utusan.com.my/rencana/utama/kit-siang-jadi-pm-ini-agenda-dap-1.537925

Khamis, 5 Oktober 2017

KDN Digesa Siasat Dana Malaysiakini


KUALA LUMPUR 4 Okt. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menjalankan siasatan untuk mengenal pasti secara terperinci sumber dana yang membiayai portal berita propembangkang, Malaysiakini.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, tindakan itu amat penting bagi mengetahui individu sebenar di sebalik portal itu yang dilihat sering menyiarkan berita-berita berbaur fitnah dan provokasi.

“Saya sudah banyak kali me­nyuarakan isu Malaysiakini namun nampaknya ia kebal dan tiada mana-mana pihak berwajib yang berani menyiasat portal tersebut. Jika dilihat, portal itu seolah-olah bebas memuatkan apa jua berita dengan sesuka hati terutamanya kandungan anti kerajaan tanpa ada sebarang kawalan.

“Justeru, saya menggesa KDN dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat latar belakang portal itu termasuk semua ahli lembaga syarikat itu, sumber pembiayaan dana dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” kata­nya ketika dihubu­ngi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, bekas pengasas bersama PKR, Ng Lum Yong berkata, portal itu perlu mendedahkan latar belakang penyumbang dana syarikat itu yang selama ini dikaitkan dengan ‘hidup atas sumbangan asing’.

Kata beliau, Malaysiakini bertanggungjawab kepada rakyat negara ini untuk mendedahkan siapa penyumbang dana dan apakah matlamat portal tersebut ditubuhkan.

Mengulas lanjut, Cheng Guan turut mempersoalkan mengapa tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berwajib terhadap Malaysia­kini sedangkan portal itu dari awal me­nyiarkan berita bersifat fitnah dan hasutan.

“Kita ketahui portal itu dibiayai oleh pihak asing namun mengapa kerajaan mem­biarkan portal sedemikian untuk beroperasi di negara ini sedangkan ia boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian masyarakat.

“Malah, kebanyakan beritanya juga tidak membawa manfaat kepada rakyat dan negara. Ini boleh mengundang pemikiran dan minda masyarakat terpesong daripada fakta sebenar,” katanya.

Jelasnya, sebagai media, Malaysiakini bukan sahaja berpe­ranan sebagai penyebar maklumat tetapi juga perlu menjadi pendi­dik kepada masyarakat.

Via : http://m.utusan.com.my/berita/politik/kdn-digesa-siasat-dana-i-malaysiakini-i-1.534156

Isnin, 2 Oktober 2017

DAP Perlu Diharamkan



KUALA NERUS, 1 OKTOBER 2017 - DAP perlu diharamkan di negara ini kerana dilihat sering memecahbelahkan keharmonian kaum di negara ini dan disifatkan sebagai ‘kaki buat kacau’, kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan.

Sehubungan itu, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan terhadap DAP sebelum ia merosakkan suasana harmoni masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"DAP ini kerja dia hanya tanam kebencian pada masyarakat, hasut rakyat," katanya yang dijemput Pas untuk berucap di pentas program Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini malam tadi.

Beliau berkata, sepanjang sembilan tahun DAP memerintah Pulau Pinang, parti itu hanya membawa kesengsaraan kepada rakyat.

"Sepanjang sembilan tahun mereka perintah Pulau Pinang, tarif air sudah empat kali naik, sewa kedai pun naik 100 peratus, rumah dibina pun bukan mampu milik, tetapi mampu tengok sahaja, tanah pula habis dijual.'

Kalau dua tahun lagi DAP perintah Pulau Pinang, pasir dan pokok pun mereka boleh jual," katanya disambut sokongan daripada lebih 200,000 ahli dan penyokong Pas.

Beliau berkata, apa yang diingini oleh DAP bukan kuasa untuk memerintah dan berkhidmat kepada rakyat, tetapi hanya untuk kepentingan parti dan individu yang tamakkan jawatan.

"DAP ini kerjasama dengan kaki 'u-turn' (pusingan U) sahaja. Pemimpin mereka pun (DAP) didakwa di mahkamah kerana rasuah, macam mana nak jadi pemimpin negara," katanya.-Bernama

Disiarkan Oleh : http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/dap-perlu-diharamkan-1.737433