Senarai Artikel
Ahad, 23 April 2017
Lebih Baik Khairuddin Diam Dari Menyatakan Apa Tentang Isu Parti Generasi Baru.
Apa yang Khairuddin perlu faham adalah :
1. Tidak salah jika seorang presiden ingin mengemukan haknya yang tidak dimaklumkan bahawa ada berlakunya satu Mesyuarat Agong sama ada Biasa atau Luar Biasa.
Apa yang menjadi praktikalnya adalah setiap mesyuarat agong biasa atau luar biasa akan diusulkan didalam satu mesyuarat AJK bagi dibincang ketetapan perlaksanaanya walaupun jika wujud memorandum yang menyatakan 2/3 ahlinya parti hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden dan barisan AJK sedia ada bagi perlantikan baru dibuat.
Jadi agak mustahil Presiden tidak tahu, kecuali ada unsur sabotaj jadi wajar Dato G.Kumar mempersoalkanya.
2. Khairuddin harus tahu yang menyatakan dokumen Parti Generasi Baru bermasalah atau meragukan adalah Ketua Pengarah ROS setelah Dato G.Kumar menyatakan keraguanya sebagai presiden parti.
Khairuddin boleh baca kenyataan tersebut dipautan ini:
http://www.bharian.com.my/node/273490?m=1
3. Agaknya bila anda sertai sebagai ahli Parti Generasi Baru dan siapa luluskan keahlian anda dan Presidenya sedia maklum atau tidak ?
4. Saya tidak faham bagaimana Khairuddin dan Ezam boleh berurusan dengan setiausaha tidak presiden parti bagi urusan pertukaran, munkin sebab mereka terlalu inginkan jawatan atau kurang cerdik.
5. Saya tidak pasti Gobi ini berkreabiliti kerana beliau antara individu yang berdepan dengan pelbagai laporan termasuk pecah amanah parti sebagai setiausaha.
6. Bagaimana dengan cerita berkenaan penglibatan wang sebanyak RM10 juta pendahuluan dan baki lagi RM90 juta bagi keseluruhan perancangan yang melibatkan Parti Generasi Baru kepada Parti Bebas Rasuah seperti yang dinyatakan oleh pautan ini :
http://www.malaysia-today.net/ezam-scams-his-party-sponsor-yet-again/
Jadi kesimpulanya lebih baik khairuddin dan Ezam diam-diam sahaja sehingga semuanya selesai tanpa sebarang kenyataan, lagi pun cadangan perlantikan anda berdua sebagai pemimpin parti bersama AJK yang baru dilantik belum lagi mendapat kelulusan ROS.
Kenyataan Khairuddin http://antarapos.com/am/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WncplmZQ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan