Tak payah kelam kabut , tak payah wayang , tunggu saja ROS siasat muahahahahaha. Mereka cadang tukar nama dari Parti New Gen ke Parti Bebas Rasuh , mungkin kemudian bolih tukar nama ke Parti Jual Jubin.
Via My Facebook : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211534508910164&id=1587733405
Dari New Gen Parti ke Parti Bebas Rasuah dan kini mahu tukar nama kepada Parti Jual Jublin kah ?.
Saya dah cakap lah , apa apa pun , bersabar dulu, tak payah kelam kabut. Biar Ros buat kerja dia.
#JomTonton Laporan Berita Utama TV3 Via My Facebook :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211535069884188&id=1587733405
Berikut Laporan Akhbar Berita Harian :
Selagi ROS Tidak Lulus Nama PBR & Logo Tidak Boleh Digunakan.
Parti Bebas Rasuah : Dokumen Meragukan ROS
Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah, berkata antaranya termasuk alamat ibu pejabat parti itu yang didakwa lokasi berlangsungnya Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk menukar nama dan pemilihan kepimpinan parti adalah milik sebuah kedai jubin.
Selain itu katanya, maklumat dua daripada 12 Ahli Jawatankuasa (AJK) yang dinyatakan dalam EGM berkenaan tidak benar berdasarkan nombor kad pengenalan mereka.
"Dari segi keahlian AJK, kita dapati terdapat keraguan dan kemudian kita menghantar surat berdaftar kepada ibu pejabat parti berdasarkan alamatnya tetapi surat itu tidak sampai dan dipulangkan semula.
"Justeru, kita minta pasukan penguat kuasa ROS memeriksa premis berkenaan di Jalan Ipoh dan mendapati, premis berkenaan bukanlah ibu pejabat parti itu."
Jika pejabat tidak ada, di mana mereka melakukan EGM itu ?
Sementara itu difahamkan, Setiausaha Agung Parti Generasi Baru, S Gobi Krishnan menghantar permohonan untuk menukar nama parti itu kepada PBR, serta meminda logo, selain mengemukakan senarai kepimpinan baharu parti termasuk Datuk Mohd Ezam Mohd Nor sebagai Presiden dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai timbalannya.
Namun pekara ini dinafikan oleh Presiden asal parti itu, Datuk G Kumar yang mendakwa perkara itu berlaku tanpa pengetahuannya kerana tiada sebarang mesyuarat atau notis dibuat, selain tidak mendapat persetujuan lebih 300 ahli.
Mohammad Razin berkata, berdasarkan dokumen yang dihantar, EGM berkenaan diadakan pada 30 Mac lalu jam 9 malam, dan permohonan menukar nama serta logo parti dibuat pada pagi keesokan harinya.
Mohammad Razin berkata, pihaknya akan memanggil saksi berkaitan termasuk AJK yang menghadiri EGM itu untuk memberi keterangan dan jika didapati, parti itu memberi maklumat palsu, mereka akan berdepan tindakan termasuk pembatalan parti.
Tambahnya lagi selagi permohonan untuk menukar nama parti itu tidak diluluskan ROS, nama PBR dan logonya tidak boleh digunakan.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/273490?m=1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan