Senarai Artikel

Rabu, 12 April 2017

BONGKAR : Tahniah dan Syabas SPRM,Tangkap Jangan Tak Tangkap.


Rakyat Bersama Menyokong SPRM. Syabas SPRM.

SPRM tahan Seorang Dato Seri dan Dato' berhubung skandal tanah melibatkan Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad

Georgetown,11 April- SPRM hari ini telah menahan seorang Dato Seri dan anak beliau yang juga seorang Dato dari syarikat pemaju hartanah yang terkemuka di Pulau Pinang yang disenaraikan di Bursa Malaysia berhubung siasatan skandal tanah yang melibatkan Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.

Penahanan Dato Seri tersebut dibuat oleh sekumpulan pegawai SPRM dari Ibu Pejabat di Pejabat SPRM Pulau Pinang pada jam 6.57 petang disini hari ini manakala Dato yang merupakan anak beliau di tahan di SPRM ibu Pejabat pada jam waktu yang sama dan akan dibawa ke SPRM Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah permohonan reman pada Rabu.

Syarikat pemaju hartanah yang berpengkalan di Georgetown tersebut turut membangunkan beberapa hartanah di sekitar Pulau Pinang termasuk di Bandar Kepala Batas dan Tanjung Bungah.

Skandal tanah yang melibatkan pelupusan hartanah ratusan ekar tersebut rentetan hasil siasatan yang melibatkan seorang Dato yang telah ditahan SPRM pada 29 Mac yang lalu dan juga melibatkan Yayasan tersebut.

Bongkar , Tahniah kepada SPRM , tangkap dan jangan tak tangkap. Syabas.

Dato Seri yang berumur 74 tahun manakala anak beliau berumur 47 tahun itu dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret pada Rabu,12.4.2017 bagi permohonan reman.

Ends

Ikuti Facebook Saya https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211461286119640&id=1587733405


Tiada ulasan:

Catat Ulasan