SEPANG 21 April - Parti Generasi Baru hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Setiausaha Agungnya, S. Gobi Krishnan yang didakwa gagal mengemaskini dan melaporkan kehilangan wang sejumlah RM105,000 di dalam akaun parti tersebut.
Pemangku Setiausaha Agung parti itu, Mohamad Zaini Jaafar berkata, perkara itu dikesan selepas siasatan pihak pengurusan parti itu mendapati sejumlah wang itu tiada di dalam akaun berkenaan sejak tahun lalu.
“Kami membuat laporan polis hari ini untuk meminta satu siasatan dijalankan terhadap kehilangan wang tersebut dan mahu Gobi menjelaskan perkara itu kepada pihak polis,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, di sini.
Baru-baru ini Presiden Parti Generasi Baru, Datuk G. Kumar telah membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung Gobi bersama dua lagi individu yang didakwa telah merampas parti tersebut dengan menukar nama kepada Parti Bebas Rasuah.
Berikutan itu, Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah berkata pihaknya akan melakukan siasatan terhadap laporan tersebut. - UTUSAN ONLINE
Publish By :
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/parti-generasi-baru-buat-laporan-polis-hilang-wang-1.472153
Tiada ulasan:
Catat Ulasan