Sesiapa saja pasti akan melakukan bantahan dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka sekiranya agama, bangsa atau hak mereka dihina dan dicabuli oleh pihak-pihak yang berniat tidak baik.
Ini yang terjadi kepada umat Islam di Malaysia pada hari ini. Bukan sekali bahkan sudah berulang kali umat Islam di sini berhadapan dengan provokasi melampau dan biadap dari kepimpinan DAP. Perayaan Aidilfitri tahun ini pula menjadi sasaran pemimpin rasis Nga Kor Ming.
Pemimpin DAP ini dilihat senantiasa melakukan provokasi di dalam akaun Facebook miliknya yang kini telah ‘lenyap’ secara tiba-tiba. Kenapa DAP perlu mewujudkan suasana tegang antara kaum terutama Cina dan Melayu sedangkan kita boleh hidup dalam suasana aman serta saling hormat menghormati antara satu sama lain?
Tidak adil sekiranya banyak pihak melabelkan orang Melayu & ahli UMNO yang menentang Nga Kor Ming di hadapan Ibu Pejabat DAP tempoh hari sebagai samseng. Apa pula label yang sesuai untuk kita berikan kepada pemimpin DAP sekiranya mereka berada di dalam situasi yang sama seperti umat Islam cuba menyerahkan memorandum permohonan maaf?
Selagi fanatik Kristian seperti Nga Kor Ming terus menghina Islam, selagi itu pastinya orang Melayu dan Islam akan bangkit menentang secara lebih agresif disebabkan corak politik DAP yang jelas ke arah perkauman dan mereka sendiri tidak mampu mengawal tingkah laku luar batasan ahli-ahli serta pemimpin mereka.
Mana-mana agama sekalipun jika mereka diancam dan dihina pasti tahap kesabaran ada batasnya. Jika orang Buddha dan Hindu dihina sedemikian rupa berulang kali secara biadap, penganutnya akan bangun menentang.
Demi kebaikan dan keamanan negara, kami mendesak kerajaan supaya mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi membantu meningkatkan penguatkuasaan pihak berkuasa dalam menjaga keselamatan awam terutama terhadap mereka yang sengaja mencetuskan suasana tegang antara kaum.
Akta Hasutan yang sedia ada hari ini dilihat mempunyai kelemahannya tersendiri. Banyak kes yang disabit di bawah akta ini tidak dapat diteruskan dan akhirnya ditangguhkan begitu saja. Kami mohon agar Jabatan Peguam Negara mengkaji semula dan menambahbaik keperluan yang ada untuk Akta Hasutan ini agar ianya dapat mencegah pemimpin rasis DAP daripada bertindak sesuka hati tanpa batasan.
Rakyat boleh hidup dengan aman dan tanpa ada prejudis antara kaum sekiranya DAP tidak lagi wujud di muka bumi ini.
Datuk Huan Cheng Guan.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia
14/07/2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan