Senarai Artikel

Khamis, 26 Januari 2017

Bagaimana Lim Kit Siang Mudah Lupa Dan Menjadi Seorang Hipokrit ?



Pada 19 November 1983 Lim Kit Siang dengan semangatnya telah menyatakan "10 Tuntutan Pengundi Seremban" di dalam Parlimen berikutan PRK Seremban pada waktu itu.

Tuntutan yang di realisasikan didalam satu himpunan "RAPAT UMUM BANTAHAN SKANDAL BMF" bertempat di Dewan Rekreasi China Negeri Sembilan bertarikh 11 November 1983, kenyataan tuntutan itu disahkan dan diterima oleh para pengundi Seremban pada waktu itu.

Pada 22 November 1983, di dalam persidangan parlimen Lim Kit Siang telah menyatakan bahawa Tun Mahathir pada ketika ada menyatakan untuk menimbangkan penubuhan siasatan diraja dalam satu kenyataan bertarikh 22 Oktober 1983 dan kemudinya mengundur (U-turn) selepas seminggu kenyataan itu dikeluarkan dengan menafikan beliau pernah menyatakan bagi menimbang penubuhan siasatan diraja sebaliknya beliau menyatakan bahawa Kerajaan akan menjalankan siasatannya sendiri ke atas skandal BMF.

( Rujukan sidang parlimen 22 November 1983, jam 3.41 ptg )

Mahathir Kit Siang

Jadi Lim Kit Siang Merupakan Hipokrit Terbesar Antara Semua.

1. Hipokrit terbesar yang pernah ada berkaitan Skandal BMF adalah Lim Kit Siang.

2. Lim Kit Siang merupakan individu yang menentang pentadbiran Tun Mahathir ketika tahun 80-an di dalam dan di luar parlimen.

3. Lim Kit Siang telah meyakinkan pengundi PRK Seremban tahun 1983 untuk mengeluarkan 10 tuntutan mengenai penyiasatan Skandal BMF yang dia sendiri bacakan sewaktu sidang parlimen pada tahun tersebut.

4. Lim Kit Siang telah menuntut parlimen untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat skandal BMF.

5. Lim Kit Siang juga telah menerbitkan buku mengenai BMF Skandal.

6. Tetapi pada hari ini, apabila rakyat berbicara soal Skandal BMF, kesan daripada pendedahan laporan CIA, Lim Kit Siang pilih untuk bersama Tun Mahathir, individu yang mana dia sendiri pernah tuduh mempunyai hubungan dengan skandal BMF 34 tahun yang lalu.

7. Ini adalah satu tahap hipokrasi tertinggi di dalam dunia yang mana seseorang itu boleh capai.

8. Dan inilah diri Lim Kit Siang yang sebenar; dia hanya berjuang demi kepentingan politik dirinya sendiri sahaja dan bukanlah demi rakyat.

9. Setiap isu yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang adalah manipulasi jahat bertujuan untuk mendapat sokongan dan populariti daripada rakyat semata-mata.

10. Lim Kit Siang adalah Bapa Hipokrasi Malaysia!

Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden, Parti Cinta Malaysia

26 Jan 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan