Salam sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia.
Malam semalam, saya cukup teruja melihat ucapan dan sesi dialog perdana yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan kira-kira lebih 500 anak muda yang masih menyintai negara dan keamanan.

Pada masa yang sama, saya terfikir, jika Barisan Nasional yang membentuk kerajaan hari ini mempunyai visi besar untuk jangka masa 30 tahun yang akan datang, bagaimana pula dengan pembangkang terutamanya DAP yang kononnya mempunyai pelan jangka panjangnya yang tersendiri?
Apa yang saya lihat hari ini adalah, pembangkang terutamanya DAP lebih menumpukan usaha untuk menggadai segala aset dan tanah yang ada di Pulau Pinang kepada pihak asing. DAP Pulau Pinang dilihat cuba menjadikan Pulau Pinang sebagai "Hong Kong atau Taiwan kedua" di rantau Asia Tenggara.

Bagi saya, jika perkara ini kekal berterusan, bukan satu perkara yang mengejutkan andai generasi akan datang di Pulau Pinang pasti akan berhadapan dengan kesukaran. Manakan tidak, sudahlah hala tuju negeri pun gagal dirangka dengan baik, masa depan anak cucu warga Pulau Pinang juga akan kelam disebabkan bumi yang mereka pijak sudah menjadi milik pihak asing atas nama pelaburan.
Pada masa yang sama juga, saya melihat DAP dan para "macainya" dari PKR, PAN dan PPBM cukup giat menghasut dan menanam kebencian rakyat kepada kerajaan. Tugas mereka mudah, celik sahaja mata, mereka akan mencari apa jua isu untuk di putar belitkan supaya rakyat akan sentiasa membenci kerajaan.

Pastinya, saya ingin menyoal kepada kepimpinan DAP dan Pakatan Harapan, apa sumbangan kamu kepada negara selain daripada menyumbang kepada kerosakan kepada kerajaan dan negara? Adakah ini jati diri kamu sebagai rakyat Malaysia sehingga merelakan diri kamu dirosakkan dengan nafsu politik?
Apapun, sekalung ucapan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di atas reaksi spontan dan penuh intergriti dalam sesi dialog perdana, Transformasi Nasional 2050 semalam. Keep up your good work Sir!
Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan