Senarai Artikel

Jumaat, 20 Januari 2017

Kerajaan DAP Pulau Pinang Amal Politik Ala Gengsterisme


Kerajaan yang menggunakan elemen ‘ketakutan’ untuk mendiamkan pengkritik adalah Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, dan bukannya Kerajaan Persekutuan seperti mana didakwa oleh Setiausaha Agung DAP itu.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, jika Kerajaan Persekutuan menggunakan pendekatan tersebut, Guan Eng dan sekutunya dalam pakatan tidak mungkin dapat bersuara sehingga bebas membuat fitnah seperti dilakukan DAP sejak sekian lama.

Jelas Cheng Guan, berbeza dengan Kerajaan Persekutuan, beliau menganggap DAP seolah bertindak ‘ala gengster’ ke atas para pengkritik Guan Eng termasuk jika dilihat pada kes terbaharu, tandas sebuah kafe dirobohkan yang dikaitkan ramai kerana pemiliknya sering mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

“Begitu juga dengan niat menyaman New Straits Times (NST) yang akhirnya ditolak Mahkamah Rayuan dan niat untuk mengarahkan Sin Chew menulis ikut arahannya. Kerajaan manakah yang menggunakan ketakutan untuk menutup mulut pengkritiknya sekarang?” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Guan Eng dalam perutusan ‘Krismasnya’ semalam sekali lagi bertindak secara tidak bertanggungjawab apabila dilihat memanipulasi fakta dengan tujuan menghasut rakyat membenci Kerajaan Persekutuan.

Menurut Cheng Guan, perutusan tersebut yang sepatutnya bersifat harmoni, sebaliknya menjadi pentas politik kerana daripada 547 patah perkataan yang digunakan Guan Eng, hanya sekali sahaja perkataan Krismas disebut dan selebihnya bernada politik kebencian.

Dalam perkembangan yang sama, Cheng Guan berkata, dakwaan Guan Eng kononnya Malaysia sebuah negara gagal dengan menjadikan konsep ‘empat kebebasan’ bekas Pre­siden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt, juga tersasar kerana dibuat berdasarkan tafsirannya sendiri.

Beliau seterusnya menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang itu kerana cuba membangkitkan sentimen keagamaan dengan terus mempolitikkan isu pindaan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) berkait Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 walaupun perkara itu khusus untuk orang Islam.

“Guan Eng sengaja mahu me­nimbulkan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak patut menjadi satu isu pun dalam kalangan mereka yang bukan beragama Islam. Faktanya RUU 355 bukanlah undang-undang hudud dan tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.

“Namun fakta ini sengaja disembunyikan oleh Guan Eng semata-mata untuk meracuni fikiran dan menimbulkan ketakutan terhadap mereka yang bukan beragama Islam,” katanya.


Datuk Huan Cheng Guan

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia

25 Disember 2016 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan