Senarai Artikel
Rabu, 17 Mei 2017
PCM Medoakan Tuan Guru Hadi Cepat Sembuh
Kami seluruh Ahli PCM dari Peringkat Nasional dan akar umbi akan berdoa agar Tuan Guru sembuh dengan secepat mungkin.
God bless you Tuan Guru , recover soonest.
Via Facebook Saya :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211777634868161&id=1587733405
Institut Jantung Negara
16 Mei 2017
YAB Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah berjaya menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
Dato' Seri Abdul Hadi telah mengalami peningkatan simptom disebabkan oleh injap jantung yang bocor. Keadaan ini telah menjejaskan aktiviti harian beliau, maka doktor menasihatkan agar pembedahan injap jantung tersebut dilakukan.
Pada masa ini Dato' Seri Abdul Hadi dirawat di Unit Rawatan Rapi IJN di mana keadaan beliau akan dipantau untuk beberapa hari sebagai sebahagian daripada rutin bagi pembedahan jantung.
48 jam akan datang adalah tempoh yang penting selepas pembedahan dan beliau akan berada di bawah pemerhatian rapi sepasukan doktor dan jururawat di Unit Rawatan Rapi.
Awal pagi tadi, Dato Seri Abdul Hadi telah menjalani pembedahan jantung selama 3 jam dilakukan oleh panel doktor yang diketuai oleh:
Dato' Seri Dr Mohd Azhari Yakub - Perunding Kanan dan Pakar Bedah Kardiotorasik yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IJN,
Dato' Sri Dr Jeffrey Jeswant Dillon - Ketua Pembedahan Kardiotorasik dan
Dato' Dr Suhaini Kadiman - Timbalan Ketua Jabatan Anestesiologi.
Para doktor merasa gembira dengan prosedur yang berlangsung seperti yang dijangkakan dan setakat ini parameter penting menunjukkan beliau stabil dan (doktor) telah menasihatkan supaya Dato' Seri Abdul Hadi tidak menerima pelawat (luar) kecuali daripada ahli keluarga terdekat.
Sekian.
Terjemahan dan Edaran Oleh:
Lajnah Penerangan PAS Pusat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan