Senarai Artikel
Selasa, 23 Mei 2017
DAP Yang Fanatik, Extremist & Racist
Bagi saya , yang extremist adalah DAP , yang racist pun adalah DAP , yang fanatik pun adalah Pemimpin Kristian dalam DAP.
Yang menyebabkan hubungan tegang antara Cina dan Melayu pun adalah DAP.
Mana mana Polis mahu ambil keterangan saya , bila bila pun bolih, saya sedia memberi kerjasama dan buka cerita kepada mereka. Kadang kadang ada setengah Menteri pun bukan tahu apa yang sebenar DAP itu.
Via My Facebook :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211831072524069&id=1587733405
SAYA ATAU LIM GUAN ENG YANG EKSTRIMIS?
Saya telah menghabiskan masa selama 2 jam 45 minit, iaitu dari pukul 215 petang ke pukul 500 petang, untuk memberikan keterangan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam, Kedah, pada hari ini, 22 Mei 2017, sehubungan dengan laporan polis Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh, terhadap saya pada 15 Mei 2017 dan laporan polis saya terhadap Hannah Yeoh pada 17 Mei 2017.
Ada di antara rakan-rakan peguam yang menanyakan sama ada saya memerlukan bantuan pihak peguam untuk berhadapan dengan pihak polis tetapi saya meyakinkan mereka bahawa saya tidak memerlukannya. Alhamdulillah, pegawai penyiasat melayan saya dengan baik dan saya juga memberikan kerjasama yang penuh dengan menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh beliau sehingga akhirnya lahirlah kenyataan setebal lapan muka surat.
Apa yang mahu saya tekankan kembali adalah hakikat bahawa saya bukanlah seorang ekstrimis seperti yang dituduh oleh ramai pemimpin DAP. Ini termasuklah tuduhan Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, bahawa laporan polis saya adalah bukti kegagalan untuk mempromosi wasatiyyah di Malaysia; tuduhan Naib Pengerusi DAP merangkap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, bahawa saya gila, berpandangan sempit dan ekstrimis; tuduhan Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, bahawa saya adalah ekstrimis dan berpandangan sempit; dan tuduhan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, bahawa saya adalah pelampau.
Kepada semua pemimpin DAP ini, sukalah saya minta mereka mendengar sendiri rakaman ucapan Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, di Lecture Theatre, Student Wing, Block S3.1 Level B3, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University, Singapura, pada 10 Disember 2014 ini.
Di dalam ucapan ini, Lim Guan Eng secara terang-terangan menghasut dengan menuduh Barisan Nasional tidak akan menyerahkan kuasa jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 dan bahawa jika ini berlaku maka “perkara ini mesti diselesaikan di jalan-jalan raya dan ia akan diselesaikan di jalan-jalan raya”.
Belum lagi Pilihan Raya Umum Ke-14 berlangsung, sudah tertanam dalam fikiran Lim Guan Eng hasrat untuk menyelesaikan perebutan kuasa di jalan-jalan raya.
Wahai Lim Kit Siang, sayakah atau anak kamu, Lim Guan Eng, yang ekstrimis?
UCAPAN LIM GUAN ENG
“We know that Barisan Nasional are sore losers. They are really sore losers and they will not give up power that easily. Now, what will happen if they refuse to give up power? And I think this is one very important question in people’s minds, especially in the last election when we won the popular mandate but not the number of seats, we can see the huge mess if this issue comes out. Now, if we win power, both in terms of popular votes, that means the popular votes, but (also) in terms of the number of seats, and then we are not allowed to take power, I think the matter has to be resolved on the streets and it will be resolved on the streets.”
TERJEMAHAN UCAPAN LIM GUAN ENG
“Kita tahu bahawa Barisan Nasional adalah jenis yang tidak berpuas hati jika kalah. Mereka adalah jenis yang sangat tidak berpuas hati jika kalah dan mereka tidak akan menyerahkan kuasa dengan mudah. Sekarang, apa akan berlaku jika mereka enggan menyerahkan kuasa? Dan saya fikir ini adalah satu soalan yang sangat penting dalam minda rakyat, terutamanya dalam pilihan raya lepas bila kita menang mandat popular tetapi bukan bilangan kerusi, kita boleh lihat kacau-bilau besar jika isu ini timbul. Sekarang, jika kita mendapat kuasa, di dalam kedua-dua dari segi undi popular, maknanya tentunya undi popular, tetapi (juga) dari segi bilangan kerusi, dan kemudian kita tidak dibenarkan untuk mengambil-alih kuasa, saya fikir perkara ini mesti diselesaikan di jalan-jalan raya dan ia akan diselesaikan di jalan-jalan raya.”
Dr Kamarul Zaman Yusoff
22 Mei 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan