Senarai Artikel

Selasa, 16 Mei 2017

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”



Salam Sejahtera dan 1Malaysia.

1. Sekali lagi tema "Guru Pembina Negara Bangsa" dipilih sebagai tema pada tahun ini, Pertama sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga pendidik diseluruh pelosok negara kerana tidak jemu-jemu mendidik anak-anak Malaysia supaya menjadi seorang rakyat yang berguna dimasa hadapan terutamanya pada semua guru-guru yang pernah mendidik saya tanpa kalian saya tidak menjadi saya sekarang.

2. Tugas seorang guru itu bukan mudah dan perlukan kesabaran serta ketekunan yang tinggi ini kerana dimasa usia kanak-kanak hingga remaja ini adalah merupakan satu peringkat "super aktif" jadi jika seorang pendidik itu tidak mempunyai kesabaran dan ketekunan yang tinggi mana mungkin mereka warga pendidik mampu mendepan telatah anak-anak malaysia ini, saya masih ingin lagi bagaimana saya diwaktu itu tetapi saya bernasib baik guru-guru saya seorang penyabar dan penyayang.

3. Walaupun kerajaan hari telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi kegunaan anak bangsa Malaysia serta warga pendidik namun untuk menjadikan anak bangsa malaysia sebagai sebuah rumpun yang celik pendidikan harus mempunya warga pendidik yang ikhlas dan sanggup berkorban bagi mendidik ini kerana sebahgian masa anak-anak ini akan bersama cikgu-cikgu mereka di sekolah.

4. Jadi kita semua harus mengucapkan "Terima Kasih Cikgu" tanpa mereka mungkin kita tidak menjadi sebuah negara maju yang mempunyai aset kemanunusian yang berguna pada negara seperti hari ini.

"Terima Kasih Cikgu" dan "Selamat Hari Guru

Dari saya,

Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia

Via Facebook Saya :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211773445483429&id=1587733405

Tiada ulasan:

Catat Ulasan