Senarai Artikel

Selasa, 7 Mac 2017

#Unite4Malaysia Ayuh Bangkit



Para sahabat sekalian,

Ayuh kita bangkit bersama sebagai #Unite4Malaysia demi menunjukan solardiriti demi anak-anak Malaysia kita yang kini ditahan di Korea Utara.

Korea Utara Telah pun mengeluarkan arahan untuk menahan semua rakyat kita di Korea Utara daripada keluar dari negara itu.

Demi Anak-Anak Malaysia ini marilah kita tunjukan semangat #unite4Malaysia dengan mengibarkan jalur gemilang dilaman media sosial kita sebagai "profile picture"

Kita bersama #Unite4Malaysia demi menyatakan semangat satu hati dan perpaduan demi keselamatan anak-anak Malaysia kita serta sebagai protes ke atas tindakan yang dibuat oleh Korea Utara terhadap rakyat kita yang kini berada disana.

Kita Mahu Anak-Anak Malaysia Diberikan Kebebasan Kembali Untuk Keluar Dari Korea Utara Dan Lebih Penting Keselamatan Mereka Di Korea Utara Terjamin.

Untuk itu saya menyeru pada semua mari kita bersama #Unite4Malaysia lupakan hal politik dan perbalahan ideologi buat sementara waktu demi Anak-Anak Malaysia disana, diantara mereka disana adalah Ayah, Ibu, Kakak, Abang dan Adik kita disini yang sedang meratapi keselamatan serta nasib anak-anak Malaysia ini disana.

#Unite4Malaysia kita hari sebagai sebuah rumpun yang bersatu dan sebuah negara iaitu Malaysia.

Ayuh Semua Anak-Anak Malaysia, #Unite4Malaysia

Datuk Huan Cheng Guan
Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia

#Unite4Malaysia
#Negaraku
#Malaysia
#AnakAnakMalaysia
#JomTukarGambarProfile
#LetsChangeOurProfilePicture

Tiada ulasan:

Catat Ulasan