15hb Mac 2017
Datuk Huan Cheng Guan
(Naib Presiden, Parti Cinta Malaysia)
"Pindaan Akta RUU 355, Bantahan dan Penipuan DAP"
1. Saya masih ingat Ahli Parlimen Seremban dari DAP, Anthony Loke dalam satu ceramah beliau kepada masyarakat Cina telah mengatakan bahawa orang Cina tidak perlu takut dengan hukuman Hudud kerana jika orang Cina tidak mencuri atau merompak , mereka tidak akan dikenakan hukuman hudud. Malah, video ceramah tersebut juga sudah viral di WhatsApp dan Facebook sejak lama lagi. Selain dari beliau, banyak pemimpin DAP pun berkempen dimerata rata tempat dan minta masyarakat Cina tidak payah takut atau khuatir tentang Hudud.
2. Semasa DAP bersama - sama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat, Hudud ini tidak merupakan satu halangan kepada perjuangan DAP , terutamanya kepada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Malah saya masih ingat dalam perjanjian kerjasama yang ditandatangani oleh PAS dan DAP antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Guan Eng. Dengan jelasnya di sebut didalam perjanjian tersebut, Lim Guan Eng sudah bersetuju bahawa PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep negara Islam secara sendiri. Namun sekarang, apabila PAS sudah tidak bersama DAP didalam pakatan pembangkang, tiba - tiba sahaja DAP sudah melakukan U-Turn dan tidak bersetuju dengan perjuangan PAS. Malah DAP mengatakan bahawa perjuangan PAS bertentangan dengan perlembagaan Malaysia. Ini membuktikan DAP merupakan satu parti yang hipokrit yang sentiasa menukar pendirian mereka hanya untuk mendapatkan sokongan dan kuasa politik.
Surat Perjanjian antara PAS dan DAP.
3. Lebih menghairankan, Lim Kit Siang juga cuba menakutkan orang bukan Islam dengan mengatakan bahawa usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memberi impak kepada kehidupan orang bukan Islam. Ini merupakan satu penipuan yang sangat besar dari DAP. Ini kerana pindaan Akta 355 ini adalah hanya untuk meningkatkan bidangkuasa penghukuman Mahkamah Syariah bagi kesalahan jenayah Syariah bagi orang Islam sahaja.
4. Sepertimana yang dikatakan olih DAP semasa PRU 13, orang bukan Islam tidak perlu khuatir akan pindaan ke atas RUU 355. Ini kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang bukan Islam tidak tertakluk kepada Undang-undang Islam. Oleh itu kenapa kini mereka Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pemimpin pemimpin DAP yang lain membantah dengan sekeras kerasnya pindaan Akta RUU 355 ini sedangkan akta ini tidak melibatkan orang Bukan Islam dan ia bukan Hudud. Lagipun wakil Rakyat dari DAP YB Anthony Loke pun pernah kata semasa dalam ceramah kepada masyarakat Cina , kalau tak curi dan tak rompak , kenapa masyarakat Cina harus takut pada Hudud.
5. Bagi saya, tujuan utama pemimpin Diktator DAP, Lim Kit Siang dan sekutu mereka membantah Akta RUU 355 ini adalah kerana mereka tidak mahu melihat perpaduan di kalangan Umat Islam dan juga ingin mempecahbelahkan masyarakat Melayu dalam negara ini. Sementara nya mereka menghasut kaum Cina untuk membantah RUU 335 yang mana pada tahun 2014 dalam perjanjian bersama PAS , pihak DAP, di wakili olih Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng telah bersetuju bahawa itu adalah hak pihak Pas untuk memperjuangkan Agenda Islam. Akhirnya saya meminta Pemimpin Hipokrit DAP khususnya Lim Kit Siang & Lim Guan Eng jangan Putar Belit isu tersebut dan sila jawab kepada masyarakat Cina apakah apa yang mereka cakap semasa PRU 13 masih bolih digunapakai ataupun hanya digunakan untuk tarik undi dan menipu kaum cina ??
Sila menjawab Lim Kit Siang , Lim Guan Eng.
Terima Kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan