Senarai Artikel

Khamis, 2 Februari 2017

Lim Guan Eng: Kera Yang Memakan Cili

Kenyataan Media
2hb Februari 2017

Lim Guan Eng: Kera Yang Memakan Cili



1. Cadangan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur di dalam satu temubual bersama BFM bersempena Hari Wilayah merupakan satu harapan atau cita-cita sahaja.

2. Beliau turut menyatakan klausa "If I (Menteri Wilayah Persekutuan) can" jelas menunjukkan bahawa ia adalah satu cita-cita dan tidak salah untuk mempunyai cita-cita.

3. Walau bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng secara tiba-tiba sahaja melompat dan mengeluarkan kenyataan bahawa "cita-cita" ataupun "harapan" tersebut tidakpun dibawa berbincang dan melontarkan kata-kata tidak elok kepada Tengku Adnan.

4. Guan Eng turut memetik Perkara 1 (3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Pulau Pinang merupakan negeri di bawah Persekutuan Malaysia.

5. Tetapi Guan Eng jangan lupa bahawa Perkara 1 (3) juga menyatakan bahawa ia tertakhluk kepada Fasal (4) iaitu mengenai Wilayah Persekutuan yang juga disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

6. Tidak timbul soal menjadi penjajah atau penakhluk kerana Wilayah Persekutuan juga merupakan sebahagian daripada Malaysia.

7. Lim Guan Eng seperti kera memakan cili kerana takut kepada perkara yang hanya menjadi cita-cita dan harapan sahaja dan belum menjadi satu cadangan yang sah yang boleh dibawa ke meja rundingan.

8. Sama seperti bapa Lim Guan Eng juga, Lim Kit Siang yang juga mempunyai cita-cita mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri yang belum pun dipersetujui oleh mana-mana ahli Pakatan Harapan yang lain melainkan Tun Mahathir sahaja yang mengakuinya.

9. Jika ia menjadi satu cadangan yang sah dan dibawa ke meja rundingan, Lim Guan Eng tidak perlu takut kerana ia akan mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan.

10. Sekiranya Lim Guan Eng secara terus menerus hanya menjaga pemaju dan taikun-taikun besar di Pulau Pinang sahaja tanpa membantu rakyat yang susah dan memerlukan, maka tiada salah nya pihak lain mengemukakan apa jua cadangan demi kebaikan rakyat Negeri Pulau Pinang

11. Pada hakikatnya, Lim Guan Eng merupakan seorang diktator di negeri Pulau Pinang. Rakan dalam Pakatan pun memberi Gelaran nya sebagai TOKONG malahan ahli ahli DAP sendiri pun menggelar dia sebagai Pemimpin Autokratik dan Kuku Besi.

Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan